Home Semasa #Semasa: Tatakelola Anwar sudah jadi ‘tatakelaut’ – Muhyiddin

#Semasa: Tatakelola Anwar sudah jadi ‘tatakelaut’ – Muhyiddin

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=m50OOfEUuqE[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 13 SEPT – Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan kemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan strategi yang disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi memperkukuh tadbir urus dan integriti untuk membina semula kepercayaan rakyat.

Menurutnya, beliau memandang baik perkara tersebut, namun dalam masa sama berasa sangsi dengan kemampuan kerajaan untuk melaksanakan apa yang dikata.

“YAB Tambun (Anwar Ibrahim) ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) memetik hadis dengan sifat amanah,

“Kenyataan ini baik, tetapi saya sangsi dengan kemampuan YAB Tambun untuk mengotakan apa yang dikatakan,

“Tatakelola katanya sudah jadi ‘tatakelaut’. Tak sampai setahun jadi kerajaan, janji-janji reformasi yang dicanang sepanjang lebih 20 tahun dahulu sudah jadi ‘reformati’,” katanya.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut mendakwa kerajaan tidak menunaikan matlamat untuk mengurangkan jurang pembangunan antara negeri, serta pemberian dana yang sama rata kepada semua ahli Parlimen.

“YAB Tambun mengumumkan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang. Kedua-dua ini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH),

“Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang berada di negeri Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, langsung tidak disebut,

“Begitu juga janji menyediakan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tidak dilaksanakan. Di mana sifat amanah, adil dan integritinya?” soalnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply