Home Semasa Anwar PM badut, sembang kari kerajaan campuran hanat – SAMM

Anwar PM badut, sembang kari kerajaan campuran hanat – SAMM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=gtbBAqnio1c[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menggesa Kerajaan Madani untuk menukar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kadar segera kerana beliau gagal menjadi Perdana Menteri dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin menjelaskan, Anwar gagal menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat sehingga mereka kini hidup dalam kepayahan untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Hari ini kita membuat keputusan bahawa rejim yang ada hari ini sangat pekak. Dan lebih layak digelar sebagai rejim campuran Harapan National atau HANAT,

“Kerana rejim HANAT ini tidak pernah mendengar dan terus dengan cara dia sendiri dan tak peduli kepayahan rakyat di bawah,

“Dia (Anwar) terus berseronok umpama badut negara cuba menghiburkan rakyat. Dalam keadaan kerja hakiki dia sebagai Perdana Menteri, dia tak buat,” jelasnya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Tukar Perdana Menteri (PM) Segera di hadapan Kompleks Sogo, hari ini.

Badrul yang juga lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, dalam keadaan rakyat yang dalam kepayahan, Anwar tidak melaksakan tugas hakiki sebagai Perdana Menteri, sebaliknya hanya berkunjung ke semua Bazar Ramadan sahaja sepanjang bulan puasa.

“Hari ini bersama semangat majoriti rakyat, kita lancarkan Gerakan Tukar PM segera! kerana kegagalan Anwar,

“Dan dengan ini, kita isytiharkan, Anwar merupakan badut negara.

“Kenapa? Sedangkan kita tidak pernah ada Perdana Menteri dalam keadaan masalah raya tak selesai, dia (Anwar) boleh jalan semua bazar raya. Dia boleh ada masa melawat sini sana. Naik helikopter, pergi solat Jumaat ke sana kemari,

“Bukan isu solat Jumaat, tapi pembaziran dan umpama pelawak sembang kari badut negara,” ujarnya lagi.

Beliau menggesa kerajaan agar menukar Anwar kepada Perdana Menteri yang baharu tidak kira dari pihak Pembangkang mahupun dari kalangan kerajaan sekarang dalam masa sekurang-kurangnya 60 hari dari hari ini.

Tambahnya, sekiranya kerajaan sekarang tidak dapat menyelesaikan tuntutan tersebut, CheguBard menjelaskan, satu himpunan yang berskala lebih besar akan diadakan bagi mendesak kerajaan.

“Kita melihat mobilisasi besar sangat tidak sesuai pada masa ini, tetapi suara bantahan rakyat harus didengari dan harus diperdengarkan keluar,

“Kami pasti kurang dari tempoh masa 60 hari, akan diadakan mobilisasi besar kalau keadaan ini kekal,

“Kena ingat bahawa gerakan ini tidak membincangkan persoalan pertukaran kerajaan, tetapi gerakan ini hanya untuk PM Anwar yang tidak tahu buat kerja,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, CheguBard turut menyenaraikan 5 perkara berhubung ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antaranya adalah kegagalan menyelesaikan kos sara hidup rakyat yang dilihat semakin menekan.

“Selain itu, Anwar juga gagal mengawal kabinet kerajaan termasuk keadaan sekarang tekanan undang-undang turut disifatkan makin meningkat,

“Keempat, keharmonian kaum makin terjejas apabila Perdana Menteri gagal mengawal DAP, ini berlaku disebabkan melanggar kontra sosial dan Perlembagaan Negara dan tiada tindakan dilakukan,

“Justeru, jika tiada tindak balas daripada kerajaan, kurang daripada 60 hari (untuk respons), akan ada mobilisasi besar-besaran,” jelasnya.

Terdahulu, CheguBard bersama beberapa lagi ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melepaskan 199 buah belon berwarna kuning sebagai sembolik Pelancaran Gerakan Rakyat Tukar PM Segera.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply