Home SemasaGlobal Dunia berhadapan risiko konflik nuklear terburuk dalam sejarah – Moskow

Dunia berhadapan risiko konflik nuklear terburuk dalam sejarah – Moskow

by M.Daim

MOSKOW, 23 Mac –  Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov menyatakan dunia sedang berhadapan risiko perang nuklear yang paling buruk dalam sejarah.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu forum perbincangan yang menyentuh situasi semasa dunia triti senjata nuklear, START.

“Dalam perkara ini, saya tidak mahu menyatakan kemungkinan konflik nuklear pada ketika ini,

“Namun begitu, risiko konflik ini pada masa sekarang adalah lebih tinggi berbanding daripada apa yang kita lihat dalam beberapa dekad lalu,” katanya yang dipetik oleh TASS.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan Moskow tetap berpendirian teguh dari segi prinsip, doktrin dan politik bahawa dunia harus selamat serta bebas dari ancaman nuklear.

Rusia baru-baru ini telah mengantung triti senjata nuklear dengan Amerika Syarikat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply