Home Pertahanan dan Keselamatan Pembinaan Rumah SASar Sungai Besi akan siap sepenuhnya 2025

Pembinaan Rumah SASar Sungai Besi akan siap sepenuhnya 2025

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menjangkakan projek pembinaan Residensi Sateria di Sungai Besi akan siap pada tahun 2025.

Menurutnya, projek pembinaan 5 blok kediaman Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) ini akan dilaksanakan mengikut jadual.

“Projek pembinaan SASaR Sungai Besi atau Residensi Sateria ini telah bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025,

“Projek ini melibatkan pembinaan 5 buah blok kediaman meliputi 3,500 unit kediaman,

“Pihak Kementerian yakin bahawa projek ini akan dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan kebajikan Warga Kerja Pertahanan dan Veteran Angakatan Tentera Malaysia (ATM) terpelihara dan kemudahan ini dapat dinikmati oleh mereka,” kata MINDEF dalam jawapan bertulis.

Terdahulu, Ahli Parlimen Langkawi membangkitkan “sama ada MINDEF masih berhasrat meneruskan Program Perumahan untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah dirancang sebelum ini iaitu meningkatkan bilangan rumah keluarga angkatan tentera dan program SASaR”.

Menurut MINDEF, program SASaR merupakan salah satu daripada agenda teras kementerian itu.

“Ia bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup Warga Kerja Pertahanan yang merangkumi anggota tentera, warga awam MINDEF dan veteran ATM selari dengan Pelan Strategik MINDEF 2021–2025 di bawah Teras 3 – Pelestarian Kesejahteraan Warga dan Veteran ATM,” katanya.

Tambahnya, SASaR adalah berbeza dengan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang disediakan kepada anggota-anggota dalam perkhidmatan ATM.

“RKAT terletak dalam kawasan kem atau formasi di mana anggota-anggota terbabit bertugas,

“SASaR pula ditawarkan untuk dibeli oleh warga kerja MINDEF dan veteran ATM,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply