Home Teknologi PertahananBoeing bina pesawat AEWC baharu Tentera Udara Amerika Syarikat

Boeing bina pesawat AEWC baharu Tentera Udara Amerika Syarikat

by M.Daim
A+A-
Reset

SEATTLE, 1 Mac – Syarikat pertahanan Boeing telah dianugerahkan kontrak untuk membina pesawat amaran awal dan kawalan (AEWC) baharu E-7.

Kontrak tersebut melibatkan pembinaan 2 buah pesawat varian khusus E-7 untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF ) dengan nilai US$1.2 bilion.

“Keupayaan E-7 sudah pun terbukti dan ianya adalah satu-satunya pesawat yang mampu untuk memenuhi keperluan AEWC USAF,

“Malah, ia mampu melaksanakan integrasi dengan pasukan-pasukan lain,” kata Stu Voboril, Timbalan Presiden dan Ketua Pengurus Program E-7.

Pesawat E-7 berupaya untuk mengesan pelbagai sasaran serta ancaman di ruang udara dan maritim secara serentak dengan penggunaan penderia Multi-role Electronically Scanned Array (MESA).

Menurut Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, MESA membekalkan maklumat yang kritikal dalam mengesan dan mengenal pasti sasaran pada jarak jauh serta berupaya untuk mengadaptasi mengikut keadaan.

Selain Amerika Syarikat, E-7 dioperasikan oleh Australia, Korea Selatan, Turkiye dan United Kingdom.

E-7 direka berasaskan pesawat Boeing 737-700 Next Generation. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply