Home Semasa Ka Siong bawa telur ayam ke Dewan Rakyat

Ka Siong bawa telur ayam ke Dewan Rakyat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mencuri tumpuan Dewan Rakyat hari ini apabila membawa telur ayam semasa membangkitkan isu kekurangan stok telur tersebut.

Beliau menunjuk telur ayam berkenaan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa ketiga-tiga telur ayam berkenaan, sebiji dari India, sebiji telur ayam tempatan dan sebiji lagi telur Omega bagi membandingkan saiz dan harganya kepada Dewan.

“Dalam konteks ini, saya bawa telur dari India, saya beli 50 sen. Ini adalah telur Malaysia (sambil menunjukkan telur tempatan) yang harganya dikawal, 45 sen ini,

“Kita dapat lihat beza saiznya. Kita dapat lihat telur dari India ini, harga 50 sen, lebih kecil dari telur dari Malaysia, ini kekurangannya. Kalau kata telur Omega Ini, telur kampung, harganya 76 sen,

“Orang kaya, orang berada boleh beli tapi inilah puncanya (tunjuk telur Malaysia) nak bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana khususnya orang Melayu untuk buat kuih,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Presiden MCA itu menegaskan, isu telur harus diselesaikan segera kerana beliau tidak mahu kerajaan diserang sekiranya tiada stok telur menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply