Home Pertahanan dan Keselamatan Projek LCS perlu diteruskan dan dipercepat – Tok Mat

Projek LCS perlu diteruskan dan dipercepat – Tok Mat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan memaklumkan, projek Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) perlu diteruskan dan dipercepatkan serta bukan dihentikan sementara menunggu siasatan lengkap dijalankan.

Ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat, Mohamad berkata, pendirian Kementerian Pertahanan (MINDEF) masih tidak berubah iaitu pembinaan LCS perlu diteruskan bagi memperkasakan keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) supaya kedaulatan perairan negara dapat diperlihara.

Tegasnya, tindakan ini selari dengan objektif pertahanan negara yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Tambah Mohamad yang lebih dikenali dengan gelaran Tok Mat, projek pembinaan LCS tersebut akan diteruskan sementara siasatan tentang isu kelewatannya dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Siasatan berkenaan LCS memang dibuat dan ianya dibuat secara bersama. Projek ini telah 4 kali dibawa ke Majlis Jemaah Menteri dan ia dipersetujui oleh kerajaan setiap kali dibincangkan,

“LCS ini perlu untuk kita teruskan. Projek ini bukan perlu dihentikan malah ia perlu dipercepatkan,

“Seperti mana kenyataan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak dan Tanah merah kelompongan aset pertahanan negara amat ketara jadi lebih lama kita berding..dong nanti (perbincangan) menyebabkan lebih banyak keadaan pertahanan negara terdedah yang disebabkan oleh kelompongan aset utama kita,” jelasnya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (Bersara), Datuk Khlir Mohd Nor yang menuntut kerajaan agar menghentikan seketika projek LCS tersebut dan memberi tumpuan kepada siasatan yang dijalankan.

Dalam masa yang sama, Tok Mat menambah, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) kini sedang memberikan penelitian khusus demi memastikan projek ini diteruskan bagi memperkasakan sistem pertahanan dan perairan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply