Home SemasaGlobal Sedia untuk hadapi peperangan – Presiden Korea Utara

Sedia untuk hadapi peperangan – Presiden Korea Utara

by M.Daim

PYONGYANG, 8 Feb – Presiden Korea Utara, Kim Jong-un telah mengarahkan anggota tenteranya untuk bersiap sedia menghadapi peperangan.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika menghadiri satu mesyuarat di Pyongyang, Isnin lalu.

Menurut lidah rasmi Korea Utara, KCNA, mesyuarat tersebut membincangkan tugas utama bagi pasukan tentera dan juga politik untuk tahun 2023.

Ini termasuk pembangunan keupayaan pasukan tentera negara itu.

“Pelbagai kajian dibentangkan dan perbincangan dibuat semasa mesyuarat yang menyentuh tugas-tugas utama pada tahun 2023,

“Ini termasuklah mempertingkatkan operasi, latihan ketenteraan dan memperkemaskan persiapan untuk berperang,” kata laporan itu.

Pada tahun lalu, situasi antara Korea Utara dan Korea Selatan kembali tegang berikutan siri penembakan peluru berpandu balistik yang ada di antaranya telah merentasi garisan pemisah antara kedua-dua negara di kawasan maritim.

Korea Utara telah melancarkan lebih daripada 70 peluru berpandu balistik pada tahun lalu, yang merupakan terbanyak pernah dilakukan oleh negara itu.

Selain daripada itu, dron yang dioperasikan oleh Pyongyang telah berjaya menceroboh ruang udara Seoul termasuk kawasan larangan terbang di Istana Presiden Korea Selatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!