Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 9 RAMD laksana latihan sebelum sertai eksesais ketenteraan di UAE

9 RAMD laksana latihan sebelum sertai eksesais ketenteraan di UAE

by Muaz Rizqi

MELAKA, 8 Feb – Anggota Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayau Diraja (9 RAMD Para) telah melaksanakan Pre-Deployment Training (PDT) dalam Eksesais Urban Tiger Siri 1/23 di kawasan am Kem Terendak sebagai persediaan menghadapi Eksesais Desert Tiger Siri 6/23 di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Pihak Briged Ke-10 (Para) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, eksesais ini melibatkan aturgerak penyusupan taktikal secara Air Assault, seterusnya Ground Tactical Manoeuvre sebelum melaksanakan fasa ofensif dan defensif dalam konteks Operation in Build-Up Area (OBUA) sejak sebulan lalu.

Panglima 10 Bgd (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal telah menyempurnakan acara penyerahan bendera Tentera Darat Malaysia (TDM) kepada Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) serta menyampaikan mandat bagi pasukan tersebut di 9 RAMD (Para), pada Isnin lalu.

“Panglima 10 Bgd, turut mengingatkan supaya anggota mempamerkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi demi menjaga nama baik TDM amnya dan 10 Bgd (Para) khususnya sepanjang eksesais dilaksanakan bermula hari ini hingga 1 Mac 2023,

“Eksesais Bilateral yang bakal diadakan ini adalah bagi memberi pendedahan operasi di padang pasir bagi menambahkan pengetahuan dan kompetensi anggota di samping mengeratkan hubungan ketenteraan antara kedua negara,

“Selain itu, ianya juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan,” jelas pihak 10 Bgd (Para) lagi.

Turut hadir dalam upacara ini adalah Timbalan Panglima 10 Bgd (Para), Pegawai Staf MK 10 Bgd (Para), Tim Delegasi Eks Desert Tiger Siri 6/23 dan warga 10 Bgd (Para) serta 9 RAMD (Para). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply