if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Teknologi Pertahanan Boxer RCH 155: Artileri ‘peninju’ futuristik dari Jerman

Boxer RCH 155: Artileri ‘peninju’ futuristik dari Jerman

by M.Daim

Sistem artileri bergerak (SPH) BOXER RCH 155 mungkin agak asing dari segi reka bentuk dan juga konsep pengoperasiannya. Aset tempur keluaran Krauss-Maffei Wegmann (KMW) dikendalikan seramai 2 orang iaitu komander dan juga pemandu. Peranan gunner boleh dilaksanakan oleh antara kedua-dua pengendali.

Meriam 155mm Artillery Gun Module (AGM) dipasang pada chassis kenderaan berperisai 8×8 Boxer. Teknologi meriam ini adalah berdasarkan teknologi yang terdapat pada Panzerhaubitze (PZH) 2000.

Kenderaan ini mempunyai kelajuan maksimum 100 kilometer sejam dan mampu untuk dibawa oleh pesawat pengangkut A400M.

Menarik mengenai RCH 155 ini adalah operasi meriam yang terletak pada turet di bahagian belakang kenderaan ini dioperasikan secara kawalan jauh.

Sistem autoloader pada turet membolehkan operasi penembakan dilakukan tanpa kehadiran kru. Foto: KMW

Operasi penembakan artileri pula menggunakan gerak kerja automatik dengan menggunakan auto loader. Penggunaan gerak kerja ini membolehkan Boxer untuk melakukan penembakan sebanyak 9 butir seminit dan tidak memerlukan anggota pengendali tambahan.

Dari segi jarak serangan, Boxer RCH 155 mampu untuk mengempur sasaran pada jarak 40 kilometer sekiranya menggunakan peluru meriam konvensional. Sekiranya menggunakan peluru meriam yang mempunyai base bleed, jarak maksimum penembakan artileri ini bertambah kepada 40 kilometer.

Jarak penembakan maksimum 54km dicapai sekiranya menggunakan V-LAP.

Turet RCH 155 diperbuat daripada aluminium yang hanya mampu untuk menampung kesan tembakan senjata ringan dan serpihan letupan artileri.  Sebanyak 30 butir peluru meriam dibawa dalam turet ini pada satu-satu masa.

Menurut KMW, RCH 155 adalah unik dan mungkin dioperasikan secara autonomous (kawalan jauh) sepenuhnya pada masa hadapan.

“Ciri-ciri ini menjadikan RCH 155 sebagai sistem artileri yang futuristik,” jelasnya.

RCH 155 diumpamakan kacukan PzH2000 dan kenderaan berperisai Boxer. Foto: KMW

Sehingga kini RCH 155 belum lagi digunakan pada mana-mana pasukan tentera dan ia masih belum dihasilkan secara besar-besaran. Pun begitu, sistem artileri ini merupakan antara calon akhir SPH Switzerland di mana ia perlu bersaing dengan Archer keluaran BAE.

Pun begitu, Jerman telah meluluskan penghantaran 18 buah RCH 155 kepada Ukraine pada Disember lalu. Menurut laporan media Jerman, Die Welt, Berlin telah meluluskan permintaan Ukraine yang dibuat pada 14 Julai 2022.

Kontrak yang bernilai €216 juta (RM991 juta) ini dijangka akan menjadikan Ukraine sebagai negara pertama untuk mengoperasikan artileri futuristik ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply