Home SemasaGlobal Rusia perhebat serangan, cuba mara di timur Ukraine

Rusia perhebat serangan, cuba mara di timur Ukraine

by M.Daim

KYIV, 2 Feb – Kementerian Pertahanan Ukraine mengesahkan tentera Rusia telah memperhebatkan serangan di beberapa lokasi di timur negara itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, Moskow meneruskan usaha untuk menawan kawasan Lyman, Bakhmut, Avdiivka dan Novopavlivka.

“Rusia telah melakukan peninjauan dan bersiap sedia untuk meneruskan serangan,” kata Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggota tentera Rusia telah menjalani latihan dipelbagai lokasi di negara jirannya, Belarus.

“Rusia terus memperagakan kehadiran tentera mereka di kawasan sempadan Belarus-Ukraine,

“Mereka turut melancarkan bedilan mortar dan artileri merentasi kawasan sempadan,” jelasnya.

Dalam kenyataan yang sama, pihak Kyiv mengesahkan 2 serangan peluru berpandu, 2 serangan udara dan 24 serangan artileri roket telah direkodkan sepanjang 1 Februari.

“Ancaman serangan udara dan peluru berpandu masih lagi tinggi di seluruh kawasan Ukraine,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam satu ucapan mengesahkan situasi di timur negaranya kian bertambah buruk. Menurut beliau, serangan ofensif oleh Rusia dilaporkan semakin meningkat.

“Musuh (Rusia) cuba mencapai sesuatu terutamanya bersempena dengan ulang tahun peperangan,

“Kami (Ukraine) telah mengharungi situasi ini dengan tabah, dari Februari (2022) ke Februari (2023),” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply