Home PolitikBarisan Nasional Saya dipecat oleh parti yang saya sayang. Unbowed, unbent, unbroken – Khairy

Saya dipecat oleh parti yang saya sayang. Unbowed, unbent, unbroken – Khairy

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jan – “Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken,” itulah reaksi bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin selepas pemecatan keahliannya dari parti UMNO pada Jumaat.

“Unbowed, unbent, unbroken,” ujarnya lagi, dalam ciapan di laman Twitternya sejurus pengumuman pemecatan beliau dibuat secara rasmi selepas mesyuarat Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Ciapan yang dimuatnaik oleh Khairy Jamaluddin sejurus pengumuman pemecatan beliau dibuat secara rasmi selepas mesyuarat Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.

Ahmad Maslan turut menyenaraikan, ahli UMNO yang digantung hak-hak dalam parti selama 6 tahun iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua UMNO Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan UMNO).

“Turut dipecat, 5 Ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 Ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 Ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 Ahli UMNO negeri Pahang,

“Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon BEBAS, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam kenyataan, malam tadi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply