Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Banjir: Mobile Medical Team 7 Bgd perkasa Op Murni di negeri Johor

Banjir: Mobile Medical Team 7 Bgd perkasa Op Murni di negeri Johor

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 28 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) mengaturgerak Mobile Medical Team (MMT) 7 Bgd bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar negeri Johor sejak negeri ini dilanda banjir.

Markas 7 Bgd memaklumkan, pasukan MMT itu terdiri dari anggota Tentera Darat yang berkepakaran dalam bidang perubatan untuk memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat.

“Elemen ini diaturgerakkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas dengan menawarkan bantuan perubatan, rawatan dan kaunseling dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan mangsa banjir yang terjejas di sekitar negeri Johor,” jelas Markas 7 Bgd menerusi hantaran di Facebooknya, pada Sabtu.

Jelas pihak 7 Bgd, MMT ini telah diaturgerak ke sekitar negeri Johor mengikut Kawasan Tanggungjawab (KTJ) yang telah ditetapkan antaranya, PPS Balai Raya Kampung (Kg) Seberang Batu Badak; PPS Dewan JAKAO; PPS Balai Raya Kg Bentong dan PPS Dewan Orang Ramai Kg Parit Hj Kamisan,

“Selain itu, MMT ini juga ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Taman Desaru Utama; PPS Sekolah Agama Kg Tengah; PPS SK Kahang; PPS SK Maokil 2; PPS Balai Raya Kg Perpat; PPS Balai Raya Kg Batu Badak; PPS SK Melayu Raya; PPS Dewan Serbaguna Kg Gugusan Maokil dan PPS SMK Kahang,” tambah hantaran itu lagi.

Hujan berterusan sejak Isnin menyebabkan beberapa kasawan di negeri Johor dilanda banjir sehingga hampir lebih 5,000 mangsa ditempatkan di 55 buah PPS.

Daerah Segamat mencatatkan mangsa paling ramai selain Kluang dan Kota Tinggi.

Sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 3,480 mangsa banjir daripada 960 keluarga masih ditempatkan di PPS, berbanding 3,498 orang daripada 969 keluarga pada jam 4 petang semalam.

Manakala, 6 daerah masih terjejas berbanding 7 pada semalam dan 35 PPS masih dibuka berbanding 38 pada Jumaat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply