Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Abdul Rahman, submariner pertama terajui tampuk pemerintahan TLDM

Abdul Rahman, submariner pertama terajui tampuk pemerintahan TLDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Anak kelahiran Johor, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-18, hari ini.

Beliau telah menggantikan Panglima Tentera Laut ke-17, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang telah menerajui TLDM semenjak 30 November 2018.

Terdahulu, Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Laut telah sempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz dan jemaah tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Abdul Rahman, 59 tahun sebelum ini merupakan Timbalan Panglima Tentera Laut sejak 1 November 2019.

Anak kelahiran Johor ini telah meneyertai TLDM pada 2 Julai 1982 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM Cawangan Eksekutif pada 13 Jun 1984.

Sepanjang perkhidmatan, Abdul Rahman memulakan karier beliau sebagai seorang submariner (anggota kapal selam) semenjak tahun 1993 selepas menamatkan latihan di HMAS PLATYPUS, Australia.

Beliau turut menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada tahun 1995 dan di Perancis pada 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam (AGOSTA Class) pada tahun 2006 di Perancis.

Abdul Rahman turut memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut dan Misi PBB antaranya sebagai Komander Angkatan Kapal Selam TLDM, Timbalan Ketua Misi, Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina, Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Armada Timur. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply