KUALA NERANG, 2 Jan – Tentera Darat Malaysia melalui Markas Kedua Infantri Malaysia (2 Div) telah menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand yang cuba memasuki Malaysia menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu lalu.
Markas 2 Div dalam kenyataan memaklumkan, anggota operasi di Pos Pemerhati telah mengesan PATI tersebut menaiki motosikal Honda Wave berwarna merah dengan nombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Seterusnya, anggota operasi telah menahan PATI tersebut.
“Hasil pemeriksaan mendapati orang awam tersebut merupakan PATI lelaki warganegara Thailand yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan memasuki negara melalui laluan haram serta berumur 31 tahun,
“Turut dirampas adalah sebuah motosikal Honda Wave 125cc bernombor pendaftaran Thailand, sebuah beg galas pakaian dan sebuah lampu suluh dengan nilai anggaran keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM2,000.00,” jelas kenyataan itu.
Seterusnya, PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.
Sementara itu, pasukan keselamatan juga telah menggagalkan satu lagi aktiviti penyeludupan daun ketum ke negara jiran apabila menemui 15 plastik hitam dan 16 guni yang berisi daun ketum di lokasi berasingan.

Anggota pasukan juga telah menggagalkan satu lagi aktiviti penyeludupan daun ketum ke negara jiran apabila menemui 15 plastik hitam dan 16 guni yang berisi daun ketum di lokasi berasingan.
“Anggota ronda di kawasan kejadian menemui 15 plastik hitam dan 16 guni di letakkan di kawasan pembalakan,
“Hasil pemeriksaan telah menemui 15 plastik hitam berisi dan 16 guni daun ketum dengan berat keseluruhan 950 kg yang bernilai RM 36,100.00. Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” jelas Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd). -airtimes.my