Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PJM: 22 RAMD bantu bersihkan, pindah mangsa air pasang besar di Sandakan

PJM: 22 RAMD bantu bersihkan, pindah mangsa air pasang besar di Sandakan

by Muaz Rizqi

SANDAKAN, 1 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 pada Sabtu.

Markas 22 RAMD menerusi hantaran media sosialnya berkata, program ini dilaksanakan bagi melakukan aktiviti pembersihan dan pemindahan mangsa air pasang besar pada 25 hingga 30 Disember lalu dari PPS berkenaan ke PPR Batu Putih serta PPR Dewan Harmoni.

“Kerja-kerja pemindahan mangsa turut dilaksanakan yang mana ia melibatkan 107 buah keluarga ke PPR Batu Putih PPR Harmoni,

“PJM ini telah diketuai oleh Pemangku Pegawai Gerakan, Mejar Mohd Emiza Mohamad Lazim, bersama 4 orang pegawai dan 29 anggota,” jelas hantaran itu.

Tambah 22 RAMD, aktiviti ini juga melibatkan agensi-agensi kerajaan lain seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Pembandaran Sandakan (MPS).

“Aktiviti PJM yang diadakan seperti ini juga selaras dengan Tonggak ke 5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam,” ujarnya. Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?