Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat bina rumah baru asnaf Orang Asli di Gombak

Tentera Darat bina rumah baru asnaf Orang Asli di Gombak

by Nurulhuda

GOMBAK, 26 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) Bina Baharu Rumah Asnaf di perumahan Orang Asli Batu 12, Gombak.

Menurut TDM, PJM yang dilaksanakan dengan kerjasama QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukan sebanyak RM99,000.00 dengan melibatkan 3 buah rumah.

3 buah rumah ini telah dipilih oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor.

Majlis penyerahan rumah asnaf ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, pada Sabtu.

“Projek yang pada asalnya hanyalah projek baik pulih namun telah ditukar kepada projek bina baharu setelah tinjauan dilakukan oleh unit 2 Skn RAJD kerana keadaan rumah yang terlalu usang,

“Projek bina baharu ke atas ketiga-tiga rumah ini telah bermula sejak 20 Jun 2022 secara berperingkat mengikut perancangan dan telah siap sepenuhnya pada 18 September 2022,

“Antara 3 penerima adalah Encik Yusof Alang, Puan Amek Pedik dan Encik Muhammad Iskandar Abdullah,” jelas TDM menerusi hantaran di media sosialnya.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran, wakil-wakil dari QSR Brands (M) Holdings Bhd; Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan beberapa lagi agensi yang turut menjadi penyumbang kepada majlis ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply