Home Politik Walaupun ahli tak ramai, tidak bermakna perjuangan parti salah – Tun Mahathir

Walaupun ahli tak ramai, tidak bermakna perjuangan parti salah – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Walaupun bilangan ahli Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Gerakan Tanah Air (GTA) tidak ramai, ia tidak menandakan perjuangan parti itu tidak benar.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, malahan parti itu kadang kala dipinggirkan kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangan tersebut.

“Saya mengutus surat ini untuk 4,566 pengundi-pengundi yang telah memberi undi mereka kepada saya di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi parlimen Langkawi,

“Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima-kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini,

“Yakinlah bahawa walaupun kita tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar. Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala dipinggir,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam masa yang sama, Tun Dr Mahathir berharap agar penyokongnya tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan parti itu untuk bangsa, agama dan juga tanah air.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu hilang deposit apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi pada PRU15 yang lalu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply