Home Politik Shahidan Kassim berdepan bekas anak didik di Arau

Shahidan Kassim berdepan bekas anak didik di Arau

by Nurulhuda

ARAU, 5 Nov – Selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahidan Kassim akan berdepan rakan sepejuangannya Datuk Rozabil Abd Rahman dan seorang lagi calon dalam persaingan 3 penjuru di kerusi Parlimen Arau.

Shahidan yang bertanding bawah tiket PAS akan menentang bekas anak didiknya dalam Jawatankuasa UMNO Arau, Rozabil yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Naib Ketua Bahagian Arau.

Selain itu, calon muda Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Fathin Amelina Fazlie juga akan mencari peluang untuk melakukan kejutan di Parliemen berkenaan.

Seorang lagi calon, Abdul Razak Abdul Khalek dari Gerakan Tanah Air yang dicalon untuk bertanding di Parlimen itu bagaimanapun tidak hadir menghantar pencalonannya.

Shahidan, 71 yang menjadi wakil rakyat di Parlimen itu selama 4 penggal sejak PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018 akan sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan untuk kali kelima.

Pada PRU14 lalu, Shahidan memenangi kerusi Parlimen Arau di bawah BN dengan majoriti 4,856 undi.

Terdahulu, Shahidan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) tiba di pusat penamaan calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kira-kira jam 8.35 pagi.

Selain Shahidan, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang namanya juga digugurkan oleh BN akan bertanding di Parlimen Padang Besar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tii Tinggi.

Zahidi akan ditentang 4 calon lain termasuk Ketua Puteri UMNO, Zahid Zarik Khan; Muhammad Saad @ Yahya (PH); Rusydan Rusmi (PN) dan Ko Chu Liang mewakili parti Warisan.

Ketua UMNO bahagian Padang Besar itu akan bertanding di atas tiket Bebas. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply