Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sistem VIRTSIM: 26 RAMD laksana latihan perang seperti pertempuran sebenar

Sistem VIRTSIM: 26 RAMD laksana latihan perang seperti pertempuran sebenar

by Nurulhuda

GEMAS, 5 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) telah melaksanakan latihan menggunakan Sistem Immersive Virtual Training Simulator (VIRTSIM) di Pusat Simulasi Visual, Pusat Olah Perang (POP) Tentera Darat pada 3 hingga 21 Oktober lalu.

Markas 26 RAMD menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, latihan Sistem VIRTSIM ini merupakan latihan pertempuran di kawasan terbina menggunakan Simulator Realiti Maya 3D yang membolehkan anggota melaksanakan latihan pertempuran seolah-olah berada di dalam situasi sebenar peperangan.

Menurut 26 RAMD, seramai seorang pegawai dan 49 anggota telah terlibat dalam latihan ini. Manakala latihan ini diuji dan dinilai oleh Ketua Komp B, Mejar Ahmad Safuan Abu Bakar bersama Staf Sel Simulator, POP TD.

“Sebanyak 5 seksyen telah mencapai objektif utama latihan yang digariskan oleh TD iaitu melatih dan menguji anggota TD,

“Mereka dilatih dengan sistem VIRTSIM sehingga mampu mengatasi keupayaan buatan (Artificial Intelligent – AI) di tahap Intermediate bagi BIS dalam semua peringkat pertempuran yang terdapat dalam Sistem VIRTSIM tersebut,

“Manakala 1 Sek telah berjaya mencapai tahap Advance yang digariskan bagi pasukan khususnya,” jelas hantaran itu.

Tambah 26 RAMD, anggota juga telah berjaya meningkatkan pengetahuan, kecekapan, keyakinan, kemahiran, ketangkasan bertempur (menembak, bertindak balas sewaktu bertempur dan keupayaan aturgerak anggota),

“Selain itu, latihan ini juga dapat mengulangkaji Tektik, Taktik dan Pelaksanaan (TTP) yang digunakan di dalam latihan pertempuran di kawasan terbina,” ujarnya.

Majlis penutup telah disempurnakan Pengarah POP TD, Kolonel Nazlee Abd Rahim.

Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada semua anggota kerana telah berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan objektif yang digariskan oleh TDM serta menunjukkan mutu disiplin yang tinggi sepanjang berada di POP TD.

Jelasnya, pelaksanaan latihan seumpama ini sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke 28 iaitu Tonggak Pertama Kelangsungan Misi dan Kesiagaan serta Tonggak Kedua, Memperkasakan Keutuhan Organisasi. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply