Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRU15: PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen – Abdul Hadi

PRU15: PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen – Abdul Hadi

by Nurulhuda

ARAU, 1 Nov – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Kita akan berusaha sekurang-kurangnya memenangi 40 kerusi dan kalau boleh dapat lebih lagi,

“Berdasarkan post-mortem Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, kita dapati mereka yang mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 sudah tidak mengundi PH lagi, dan mereka juga tidak mengundi Barisan Nasional (BN),

“Sebahagian telah mengundi kita (PAS). Sebahagian tak undi mungkin protes. Kita harap pada kali ini mereka keluar mengundi, tahun ini (PRU-15) sokongan terhadap kita boleh meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau, malam tadi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, parti itu mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan pada PRU-15.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN, berkata, 5 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis dilihat mampu membantu gabungan parti itu memenangi PRU-15 dengan majoriti besar.

“Akan dapat lebih daripada majoriti mudah, kita (PN) akan dapat ‘two-thirds majority’. Campur semua dengan parti Gerakan dengan parti di Sabah dan Sarawak, boleh dapat majoriti dua pertiga,

“Di Semenanjung, sasaran kita seboleh-bolehnya dapat majoriti besar. Kelantan, Terengganu, Kedah termasuk Perlis dan Pahang dijangka boleh membawa majoriti besar,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply