Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat bantu bekal air kepada penduduk Pasir Gudang

Tentera Darat bantu bekal air kepada penduduk Pasir Gudang

by Air Times News Network

PASIR GUDANG, 1 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas 7 Briged membantu membekalkan bekalan air kepada penduduk di Pasir Gudang, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam hantaran di media sosialnya berkata, TDM antara yang terawal turun membantu agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyalurkan bekalan air tersebut.

“Semalam bagi tangani gangguan bekalan air di Pasir Gudang,

“TDM melalui Markas 7 Briged antara yang terawal turun membantu agensi dan PBT melalui 7 kali Treler Air 250 liter serta 1 kali Water Bowser 10,000 liter,

“Semangat Tentera-Rakyat Berpisah tiada dimaknai sepanjang masa,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, akan mendapatkan bantuan tangki air tambahan daripada Kementerian Pertahanan bagi mengatasi masalah paip pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air di sini, sejak Jumaat lepas. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply