MELAKA, 29 Sept – Pasukan dari 10 Briged (PARA) telah muncul sebagai Juara keseluruhan Pertandingan Army Endurance Challenge (AEC) tahun 2022 apabila berjaya menumpaskan 6 lagi formasi lain.
Tempat kedua berjaya dimenangi oleh Trup Tenter Darat (TD) 2 iaitu dari pasukan Grup Gerak Khas (GGK) manakala Formasi 4 Divisyen berada di tempat ketiga.
Majlis Penutup AEC 2022 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain pada Rabu.
Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, 𝘈EC merupakan pertandingan ketenteraan yang julung kali diadakan bersempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 yang direka mengikut persekitaran dan simulasi sebenar ketika pertempuran berdasarkan ‘𝘤𝘰𝘳𝘦 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘦𝘵𝘦𝘯𝘤𝘺’.
“Pertandingan ketenteraan yang julung kali diadakan ini adalah cetusan idea dari Panglima Tentera Darat yang disesuaikan dengan hasrat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Baginda melaksanakan 𝘚𝘵𝘦𝘦𝘱𝘭𝘦 𝘊𝘩𝘢𝘴𝘦 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 sebagai Pegawai Kadet di 𝘙𝘰𝘺𝘢𝘭 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘈𝘤𝘢𝘥𝘦𝘮𝘺 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘩𝘶𝘳𝘴𝘵, 𝘜𝘯𝘪𝘵𝘦𝘥 𝘒𝘪𝘯𝘨𝘥𝘰𝘮,
“Seramai seorang pegawai dan 29 anggota dari setiap formasi tempur terlibat dalam pertandingan AEC pada kali ini bagi memburu piala pusingan ZAECTrophy,” jelas hantaran itu.
Pertandingan AEC telah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Peringkat 1 – 𝘓𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳𝘴𝘩𝘪𝘱, 𝘗𝘩𝘺𝘴𝘪𝘤𝘢𝘭 & 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘢𝘭 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦, manakala Peringkat 2 – 𝘍𝘪𝘨𝘩𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘬𝘪𝘭𝘭𝘴 berkonsepkan 𝘈𝘨𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘚𝘩𝘰𝘰𝘵𝘪𝘯𝘨.
Peringkat 3 pula, 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴 𝘖𝘶𝘵𝘧𝘪𝘵 (CPRO) 𝘐𝘯𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯.
“Selain itu pertandingan ini juga menerapkan nilai kepimpinan kontemporari yang terarah kepada 𝘳𝘪𝘴𝘬 𝘵𝘢𝘬𝘪𝘯𝘨, 𝘢𝘥𝘢𝘱𝘵𝘪𝘷𝘦, 𝘥𝘦𝘤𝘪𝘴𝘪𝘷𝘦, 𝘵𝘳𝘶𝘴𝘵, 𝘣𝘰𝘭𝘥, 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘳𝘰𝘣𝘶𝘴𝘵 bagi melahir dan membudayakan warga TD yang kredibel dan kompeten bagi menggalas tugas serta amanah negara,
“Penganjuran Pertandingan AEC 2022 ini juga mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Keutuhan Organisasi dalam Pengukuhan Kesatuan Melalui Aktiviti Sukan, Sosial dan Rejimental di Peringkat Tentera Darat,” tambah Tentera Darat.
Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima 10 Briged (PARA), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.
Pertandingan AEC 2022 telah bermula pada 26 September lalu dimana Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (PARA).-airtimes.my
Galeri gambar:






