MERSING, 8 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Rejimen 22 Komando telah menganjurkan Program Jiwa Murni (PJM) Permata Hati di Sekolah Kebangsaan Peta, Mersing pada 4 hingga 5 September lalu.
Rejimen 22 Komando berkata, seramai 6 pegawai dan 40 anggota di bawah naungan Markas 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) telah menyertai program ini.

Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Nubli Hashim menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Peta
“Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak tentera dan masyarakat serta ingin menampilkan perspektif positif terhadap organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan TDM khasnya,
“Antara aktiviti lain yang disediakan untuk para penduduk adalah seperti pemeriksaan gigi dan kesihatan,” katanya.

Mejar Jeneral Nubli Hashim turut merasmikan pembinaan sebuah pondok gazebo
Pada program ini, Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Nubli Hashim turut menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Peta serta penduduk Kampung.
Turut diselitkan dalam program ini adalah pembinaan sebuah pondok gazebo yang dirasmikan oleh Nubli. – airtimes.my