Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Skandal LCS: Siasat jika benar menteri BERSATU terlibat – Muhyiddin

Skandal LCS: Siasat jika benar menteri BERSATU terlibat – Muhyiddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan menteri dari parti itu yang dikaitkan dengan skandal Kapal Tempur Persisir (LCS) sekiranya berasas.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan mengenai skandal tersebut.

“Menteri berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau,

“Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, BERSATU menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan ini sekiranya berasas,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosialnya semalam.

Muhyiddin mengulangi pendiriannya supaya kabinet menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal ini dengan lebih menyeluruh.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa individu bernama Zainab Mohd Salleh isteri kedua beliau. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply