Home Pertahanan dan Keselamatan APMM selamat 16 kru, bot hanyut di Perairan Pulau Pemanggil

APMM selamat 16 kru, bot hanyut di Perairan Pulau Pemanggil

by Air Times News Network

MERSING, 27 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Mersing berjaya selamatkan 16 kru kapal yang hanyut selama 2 hari bersama bot penumpang di perairan Pulau Pemanggil pada jam 5.00 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru telah menyalurkan maklumat tersebut kepada Pusat Operasi APMM Mersing berkenaan kru bersama kapal telah hanyut akibat kehabisan minyak ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Batam.

“Bot Perkasa 44 diaturgerakan ke kawasan kejadian pada kedudukan kurang 5 batu nautika barat dan telah berjaya menyelamatkan kesemua mangsa tersebut,

“Hasil siasatan awal kesemua mangsa merupakan kru kapal dagang MT Voras telah diturunkan dari kapal di perairan Sedili dan menaiki bot penumpang telah hanyut lebih kurang 40 batu nautika ke Pulau Pemanggil selama 2 hari sejak 24 Ogos lalu,” jelas beliau.

Menurutnya, kru kapal terdiri dari 7 orang kru warga Indonesia, 6 warga Sri Lanka serta 3 warga India termasuk kapten kapal dan kesemua berumur antara 22 hingga 64 tahun.

“Kesemua mereka serta bot telah dibawa ke jeti bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut,

“Seluruh komuniti maritim diingatkan agar mengutamakan keselamatan ketika berada di laut yang bergelora dan cuaca tidak menentu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, amalkan langkah keselamatan ketika berada dilaut dengan memakai jaket keselamatan dan bawa bersama peranti Personal Located Beacon (PLB) bagi memudahkan pihak APMM mengenal pasti lokasi sekiranya berlaku kecemasan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply