Home Semasa Najib kekal dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta

Najib kekal dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir dan mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes penyelewengan dana SRC International.

Panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply