Home Politik Mesyuarat tergempar UMNO adalah Langkah PWTC, sama macam Sheraton – Che’gu Bard

Mesyuarat tergempar UMNO adalah Langkah PWTC, sama macam Sheraton – Che’gu Bard

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Mesyuarat tergempar UMNO di Menara Dato’ Onn hari ini didakwa sebagai platform untuk mendesak Perdana Menteri bubarkan Parlimen.

Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shaharin dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, mesyuarat tersebut didakwa turut meminta campur tangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam urusan mahkamah.

“Antara perkara yang dikatakan menjadi isu perbincangan iaitu beri tekanan kepada Perdana Menteri mengenai Kes Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan. Ini termasuk mengenai isu siasatan SPRM terhadap Hakim Dato’ Nazlan,

“Selain itu, mesyuarat ini meminta Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengemukakan Usul di Mesyuarat-Mesyuarat UMNO Bahagian, untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk segerakan Pilihanraya Umum ke 15,” katanya.

Beliau yang dikenali sebagai Che’gu Bard menambah, tindakan sebegini akan membawa persepsi buruk UMNO di mata rakyat dan pemimpin ASEAN serta dunia.

“Angin bertiup kencang kononnya Negara bakal berhadapan dengan  satu LANGKAH PWTC iaitu seakan-akan Langkah Sheraton,

“Adakah jajaran baru sehingga Najib dan Zahid hantar surat sokong Anwar jadi PM dan gerakkan akuan sumpah ahli parlimen UMNO akan dimulakan semula?” soal beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply