Home Pertahanan dan Keselamatan Skandal LCS: Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya – Abdul Latiff

Skandal LCS: Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya – Abdul Latiff

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa beliau adalah suami kepada wanita yang dinamakan menerima wang berkaitan projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS).

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut,

“Sebagai anggota kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Latiff ialah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Beliau meninggalkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan menyertai Bersatu.

Terdahulu, Rafizi mendakwa ‘syarikat palsu’ yang menerima bayaran daripada projek LCS dimiliki salah seorang isteri Latiff.

Katanya, perkara itu didedahkan dalam pangkalan data dokumen bocor Paradise Papers dan dalam laporan siasatan dalaman projek tersebut.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply