Home Semasa Jangan sertai ‘flashmob’ bantah kenaikan harga barang – KPN

Jangan sertai ‘flashmob’ bantah kenaikan harga barang – KPN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Jul – Ketua Polis Negara, Tan Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana penganjur atau peserta ‘flashmob’ yang membantah kenaikan harga barang dan gagal mematuhi undang-undang.

Beliau dalam satu kenyataan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri sebarang flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM terhadap mana-mana penganjur flashmob, perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang,

“PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas,

“Pada masa sama, masyakarat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” jelasnya.

Acryl berkata demikian selepas PDRM mengesan sebaran video dalam media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti flashmob di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply