Home Semasa Kerajaan tubuh pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu

Kerajaan tubuh pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu

by M.Daim

PUTRAJAYA, 15 Jul – Kerajaan memandang serius isu yang menggugat kepentingan aset-aset strategik Malaysia di luar negara oleh waris Sultan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan telah menubuhkan satu pasukan khas berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, penubuhan pasukan ini telah dipersetujui oleh pihak Jemaah Menteri, semalam.

“Pasukan ini akan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),

“Ia turut dianggotai oleh Menteri Luar Negeri, Peguam Negara dan kumpulan pakar berkaitan Timbang Tara antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut Wan Junaidi, penubuhan pasukan khas ini adalah satu tindakan proaktif dan agreasif oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani isu tuntutan yang dikemukakan oleh waris Sultan Sulu.

“Ia dilakukan demi mempertahankan aset dan kedaulatan negara,” ujar beliau.

Jelasnya, pasukan khas ini berperanan untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan undang-undang sewajarnya bagi menangani isu ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply