Home Semasa Omicron BA.5 merebak dalam Malaysia, sedia hadapi gelombang baharu – KJ

Omicron BA.5 merebak dalam Malaysia, sedia hadapi gelombang baharu – KJ

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Jul – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan Malaysia sedang menghadapi gelombang baharu COVID-19.

Ia berdasarkan kadar peningkatan kes yang berlaku di seluruh negara.

Khairy sebelum ini mengesahkan kes harian melepasi angka 4 ribu di akaun media sosial beliau.

“Peningkatan kes adalah didorong beberapa faktor termasuk sub varian yang wujud,” katanya semasa sidang media di Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, sublineage Omicron BA.4 dan BA.5 telah menjadi dominan di peringkat global.

Jelas Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 13 kes sublineage Omicron yang sedang dipantau rapi sehingga 30 Jun lalu

“Sehingga kini, kes yang dikesan adalah 6 melibatkan BA.2.12.1, 5 BA.5.1 dan 2 kes BA.5.2. Tiada kes melibatkan BA4

“BA.5 sudah pun ada di Malaysia. Kes-kes ini adalah jujukan genom antara bulan Mei hingga Jun,

“Ini bermakna BA.5 telah merebak luas di dalam Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, varian ini akan meningkatkan jumlah kes di Malaysia.

“BA.5 merupakan varian yang paling mudah merebak dan mempunyai ciri untuk menyebabkan kes jangkitan semula,” jelas Khairy.

Menurutnya, pesakit yang sebelum ini pernah dijangkiti BA.1 dan BA.2 akan dijangkiti semula oleh BA.5. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply