Home Semasa Lelaki Myanmar dicari JIM bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas PATI

Lelaki Myanmar dicari JIM bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas PATI

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai seorang individu bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Seksyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Semenyih.

JIM berkata, individu Thai Van Duc berkenaan merupakan warga Vietnam berusia 35 tahun dikehendaki berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Alamat terakhir individu tersebut adalah B1-19-3, Jalan 1/152, Taman Aug Parklane, Off Klang Lama, 58200, Kuala Lumpur,

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus pada Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Arif Azanor Tompang @ Abd Razak, Bahagian Operasi Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat (IPD) JIM atau terus ke talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat serta bilik gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply