Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Muhamad Norazlan dilantik Timbalan Panglima Tentera Udara baharu

Muhamad Norazlan dilantik Timbalan Panglima Tentera Udara baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Indera Muhamad Norazlan Aris TUDM dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU) berkuatkuasa, semalam.

Beliau menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Salleh Osman TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya setelah berkhidmat selama 41 tahun.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, majlis serah terima tugas antara Mohammad Salleh dan Muhammad Norazlan telah disaksikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman TUDM di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH, pada Selasa.

Dilahirkan pada 9 November 1967 di Johor Bahru, Muhammad Norazlan memulakan karier ketenteraannya sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Udara pada tahun 1987.

Muhamad Norazlan telah memulakan latihan penerbangan pada tahun 1988 dan setelah tamat latihan tersebut beliau dipilih untuk menerbangkan pesawat pejuang.

Di sepanjang kerjaya, beliau telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat pejuang seperti Aermacchi MB339A, A4PTM Skyhawk, Mikoyan Guverich MIG29N dan Sukhoi 30MKM jurulatih pesawat MB339CM, MiG-29N dan Sukhoi 30MKM.

Di sepanjang perkhidmatannya, Muhamad Norazlan telah memegang pelbagai jawatan penting di dalam TUDM sebagai pemerintah, staf dan jurulatih.

Antaranya adalah Pegawai Staf 1 Operasi Pejuang di Markas Wilayah Udara 1, Pegawai Memerintah No 11 Skuadron Su-30MKM, Komander Pangkalan PU Gong Kedak, Timbalan Asisten Ketua Staf P&P, Ketua Staf di Markas Pemerintahan Operasi Udara, Panglima Bantuan Udara dan Panglima Operasi Udara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply