Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Satu lawan satu, Bersatu sedia bincang dengan parti lain hadapi PRU15 – Air Times News Network
Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Satu lawan satu, Bersatu sedia bincang dengan parti lain hadapi PRU15

Satu lawan satu, Bersatu sedia bincang dengan parti lain hadapi PRU15

by Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Bersatu bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan BN berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula “menang-menang” antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata persefahaman antara parti politik itu penting bagi mengelak perpecahan undi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“…dalam pertemuan awal (antara parti) sudah ada petanda yang agak memberangsangkan, mereka ada persediaan untuk berbincang cuma kita belum selesai lagi cara macam mana hendak bentuk satu persefahaman untuk mengelakkan pertembungan.

“Kalau matlamat kita yang penting untuk negara, maka pimpinan parti lain seharusnya boleh berfikiran sama dan mereka sudah menunjukkan reaksi yang agak positif tapi belum lagi kita perhalusi untuk macam mana cara jalinan kerjasama itu hendak dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersatu di Kuala Lumpur semalam.

Jumaat lepas, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata gabungan itu bersedia untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU15.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang menggesa kepimpinan PH untuk tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata isu kerjasama antara PH dengan PN tidak sepatutnya timbul memandangkan PN masih sebahagian daripada blok kerajaan. -Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?