Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 bot nelayan Vietnam kaut hasil negara

APMM tahan 2 bot nelayan Vietnam kaut hasil negara

by Air Times News Network

MERSING, 25 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan 2 bot nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap hasil laut secara haram di Kuala Mersing, Jumaat lalu.

Pengarah Zon APMM Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan Operasi Khas Pagar Laut dan Kuda Laut di kedudukan lebih kurang 62 batu nautika timur laut dari Kuala Mersing.

Menurutnya, pihaknya telah menahan 2 bot nelayan bernombor pendaftaran negara Vietnam bersama hasil laut disyaki ditangkap secara haram dalam perairan negara.

“Hasil tangkapan sebanyak 6,000 kilogram, diesel lebih kurang 5,500 liter termasuk 2 bot dan peralatan menangkap ikan turut dirampas,

“Kesemua 21 kru termasuk tekong kedua-dua bot warga Vietnam berusia antara 16 hingga 62 tahun juga gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya lagi, 21 kru ditahan seterus diiringi masuk ke Jeti APMM Pos teluk Gading untuk siasatan lanjut.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM2 juta, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963,” ujarnya. – airitmes.my

 

Related Articles

Leave a Reply