Home PolitikPakatan Harapan PKR perlu buang budaya politik ‘ala UMNO’ – Rafizi

PKR perlu buang budaya politik ‘ala UMNO’ – Rafizi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Apr – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu kembali ke kelahiran asal parti iaitu sebuah gerakan rakyat yang membuang budaya politik ala UMNO yang bermewah dan bertema bangsawan.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, budaya sedemikian tidak boleh dibiarkan kerana ia akan merokan parti.

Beliau menjelaskan, keputusan untuk mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadan adalah supaya kempen tidak bermewah dengan jamuan di hotel dan sebagainya.

“Dalam masa 5 hari, kami turun bertemu anggota akar umbi di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulang Pinang dan Perak,

“Kami membuat keputusan berisiko untuk mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadhan supaya kempen kami tidak bermewah dengan jamuan di hotel-hotel,

“Mesej kami ialah KEADILAN perlu kembali ke asal kelahiran kita iaitu sebuah gerakan rakyat yang membuang budaya politik ala Umno (bermewah dan bertema bangsawan),” jelasnya dalam hantaran di media sosial miliknya pada Ahad.

Rafizi menjelaskan, pihaknya sedia berjuang dan bermula dari bawah seperti dahulu.

“Saya berasa tenang dapat bersua muka kembali dengan sahabat-sahabat lama yang telah bersama lebih dua dekad,

“Dari raut wajah mereka, dari senyuman mereka, dari pesanan yang diberikan, saya faham mesej yang diberikan,

“Kami hanya perlukan pimpinan parti yang tidak begitu selesa dengan pangkat dan kemewahan untuk bersama-sama kami,

“Saya telah melalui 4 pemilihan parti – 2010, 2014, 2018 dan 2022,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply