Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas rokok seludup, kenderaan bernilai RM782,921

PGA rampas rokok seludup, kenderaan bernilai RM782,921

by Air Times News Network

KLUANG, 25 Apr – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya merampas pelbagai jenis rokok seludup dan tidak bercukai di Taman Seri Permai disini, pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan pada jam 2.00 petang di sebuah premis beralamat No.17, Jalan 3/1, Taman Permai itu berjaya menahan 2 lelaki tempatan yang sedang sibuk memunggah bungkusan rokok dari kenderaan ke dalam rumah tersebut.

“Pihaknya telah berjaya membuat rampasan 140 karton John; 400 karton John JGI; 200 karton John DGI; 560 karton Tuoro; 560 karton Luffman Classsic; 400 karton Class Mild; 150 karton Luffman Evo; 80 karton Diplomat Impact; 60 karton Luffman Premium Blend dan 50 karton Sky One S1,

“Turut dirampas 2 kenderaan jenis Toyoya Harrier dan Lexus RX 270,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan pengedaran rokok tidak bercukai disekitar daerah Kluang dan suspek mengaku baru sahaja beroperasi selama 3 bulan serta bekalan rokok didapati melalui negara jiran.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM782,921.60. Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply