Home Semasa Pengeluaran khas KWSP: Tarikh bayaran diawalkan dari jadual – Tengku Zafrul

Pengeluaran khas KWSP: Tarikh bayaran diawalkan dari jadual – Tengku Zafrul

by M.Daim

PUTRAJAYA, 18 Apr –  Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan mulai hari ini.

Beliau menyatakan perkara tersebut di akaun media sosial rasminya, semalam.

“Setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan telah meluluskan pengeluaran khas KWSP dengan had maksimum sebanyak RM10,000 pada 16 Mac lalu.

Pengeluaran khas ini merupakan yang ke-4 diumumkan oleh kerajaan semenjak tahun 2020 bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak COVID-19.

KWSP dalam satu kenyataan pada 16 April lalu menyatakan mereka telah menerima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM40.1 bilion. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply