Home Pertahanan dan Keselamatan KD JEBAT halang 21 nelayan asing ceroboh perairan negara

KD JEBAT halang 21 nelayan asing ceroboh perairan negara

by M.Daim

LUMUT, 18 Apr – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD JEBAT telah berjaya menghalang 21 buah bot nelayan asing (BNA) dari memasuki negara di perairan Pulau Perak, semalam.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, aktiviti telah dikesan pada 4.30 petang Ahad.

Menurutnya, kehadiran 21 buah BNA telah dikesan oleh pesawat B200T Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di 2 lokasi berbeza selatan iaitu di kawasan barat laut Pulau Jarak dan selatan Pulau Perak.

“Penyaluran maklumat yang pantas menerusi Maritime Component Commander (MCC) Barat telah mengatur gerak aset yang terhampir iaitu KD Jebat untuk ke lokasi pengesanan awal BNA tersebut iaitu di sekitar perairan Selatan Pulau Perak,

“Setibanya di lokasi, KD Jebat telah mengusir 3 BNA di lokasi terbabit dan terus membayangi kesemua bot terbabit keluar meninggalkan perairan negara,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, 18 buah BNA yang lain telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara,

“TLDM bersama agensi penguatkuasaan maritim yang lain sentiasa memperkasakan kesiagaan aset-aset OP BENTENG LAUT demi menjaga perairan dan kedaulatan negara,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply