Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM, PETRONAS perkukuh kerjasama menerusi Strategic Partnership Program

TLDM, PETRONAS perkukuh kerjasama menerusi Strategic Partnership Program

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperkukuhkan hubungan 2 hala dengan PETRONAS menerusi Strategic Partnership Program (SPP) di Malaysian Petroleum Club (MPC), Menara Berkembar PETRONAS, pada Selasa.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, TLDM telah menandatangani perjanjian persefahaman Terms of Reference (TOR) di antara Bahagian Perisikan Laut, Markas Tentera Laut dan Bahagian Keselamatan Operasi PETRONAS.

Perjanjian ini telah disaksikan Pengurus Besar Kanan Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Datuk Seri Zulkifli Abdullah bersama Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Ahmad Ruzelmi Ahmad Fahimy.

“Dengan termeterainya TOR ini, ia akan menjadi satu tanda simbolik kerjasama yang erat di antara TLDM dan PETRONAS melalui jalinan usaha kolektif yang berteraskan perkongsian maklumat serta kerjasama program dan aktiviti,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply