Home Teknologi Pertahanan Airbus pamer imej satelit beresolusi tinggi bandar Kuala Lumpur

Airbus pamer imej satelit beresolusi tinggi bandar Kuala Lumpur

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=iFYWJ5DmfPw[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Syarikat Airbus telah menerbitkan beberapa keping imej satelit bandar raya Kuala Lumpur.

Siri imej yang diterbitkan adalah dicerap dengan menggunakan satelit Airbus Pléiades Neo 3.

“Satelit Pléiades Neo 3 telah dilancarkan dan berada di orbit pada April 2021. Ia merupakan sebahagian daripada konstelasi Pléiades Neo,

“Satelit ini menyediakan resolusi 30 sentimeter dan mempunyai sistem geolokasi yang tepat,

“Ini sekaligus memberikan maklumat yang diperlukan dalam pemetaan sehingga skala 1:2000,” katanya.

Selain digunakan untuk pemetaan, Pléiades Neo turut diaplikasikan bagi tujuan pertahanan, maritim dan juga perancangan bandar.

Pléiades Neo merupakan sebahagian daripada penglibatan Airbus dalam sektor aeroangkasa.

Airbus pernah terlibat dalam pembinaan satelit MEASAT-3b pada tahun 2014.

Selain daripada itu, syarikat ini juga turut terpilih untuk membina satelit MEASAT-3d untuk Malaysia yang dijangka akan siap pada tahun 2022.

Airbus merupakan syarikat pertahanan global yang turut menyertai pameran pertahanan DSA 2022 dan NATSEC ASIA 20222 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Mac ini. – airtimes.my

Galeri gambar (klik untuk melihat paparan galeri dengan lebih jelas):

 

Related Articles

Leave a Reply