Home SemasaGlobal Biden: Perang Dunia ke-3 berlaku jika berlaku konfrontasi NATO-Rusia

Biden: Perang Dunia ke-3 berlaku jika berlaku konfrontasi NATO-Rusia

by M.Daim

WASHINGTON, 12 Mac – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hari ini menegaskan konflik lebih besar akan berlaku sekiranya berlaku konfrontasi antara NATO dan Rusia.

“Kita tidak akan berperang dengan Rusia di Ukraine. Konflik secara berdepan antara NATO dan Rusia akan mencetuskan Perang Dunia ke-3,

“Ianya satu perkara yang perlu dielakkan oleh semua pihak,” kata Biden semasa mengumumkan langkah sekatan berterusan terhadap Rusia.

Menurut beliau, AS dan sekutu akan terus memberi bantuan kepada Ukraine.

“Kita akan memastikan Ukraine diberikan senjata untuk mempertahankan diri mereka. Wang, makanan dan bantuan akan disalurkan kepada rakyat Ukraine,” ujarnya.

Dalam pada itu, Biden menyatakan negara anggota kumpulan G7 mengambil langkah untuk memutuskan hubungan dagangan dengan Rusia.

Selain daripada itu, Rusia akan dikenakan sekatan dari melakukan pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply