Home Semasa Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia

Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia, pagi 9.39 padi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan perkara tersebut melalui ciapan di Twitter pada Jumaat.

“Gempa berlaku di Utara Sumatra, Indonesia jam 9:39 pagi, pada kedalaman 10 kilometer,

“Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami,” jelas ciapan itu.

Menurutnya, gegaran juga dirasai di bahagian Barat Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Rata-rata penduduk yang merasa gegaran ini turut memuat naik di media sosial.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply