Home SemasaDaftar Pemilih Tambahan, Pemilih Induk SPR dibuka untuk semakan

Daftar Pemilih Tambahan, Pemilih Induk SPR dibuka untuk semakan

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bulan Disember 2021 pada 14 Januari lalu dan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 pada 17 Januari 2022.

Unit Komunikasi Korporat SPR menjelaskan, bermula dari tarikh-tarikh pewartaan tersebut, DPT BLN12/2021 dan DPI 2021 terbuka untuk disemak melalui beberapa kaedah semakan yang disediakan sepertimana dimaklumkan oleh SPR.

“Kaedah semakan yang disediakan adalah menerusi portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my; aplikasi online di talian https://mysprsemak.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) di pautan http://ppn.spr.gov.my,

“Ia juga boleh dibuat di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my, atau aplikasi mudah alih MySPR Semak, menelefon ke talian 03-8892 7018 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 21 Februari 2022,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Di samping itu, SPR juga menyediakan kemudahan semakan secara online di https://myspr.spr.gov.my, yang mana pemilih berdaftar yang mempunyai akaun MySPR (sebelum ini dinamakan MySPR Daftar) juga boleh menyemak senarai nama pemilih dalam DPT BLN12/2021 bagi bahagian pilihan rayanya.

“Selain semakan tersebut, sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR juga dibenarkan menjual daftar pemilih termasuklah DPT BLN12/2021 dan DPI 2021 hardcopy dan softcopy,

“Daftar pemilih softcopy boleh didapatkan dalam 2 format berbeza iaitu format portable document format (PDF) atau format microsoft access (MDB) dengan kadar harga yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, SPR menjelaskan, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRN)Johor ke-15 telah mula dijual semalam melalui Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor.

Tambahnya, pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab serta fungsi-fungsinya dan salah satunya urusan penyediaan daftar pemilih yang kini diperakukan dan diwartakan secara bulanan.

SPR turut menegaskan, pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah berdasarkan maklumat warganegara yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“SPR menasihatkan kepada semua bakal pengundi PRN Johor untuk membuat semakan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau aplikasi mudah alih MySPR Semak atau menelefon ke talian 03-8892 7018 melalui aplikasi MySPR Semak,

“Semakan boleh dibuat mulai semalam, 21 Februari 2022,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply