Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratTentera Darat tahan 6 PATI Indonesia di Lubuk Anto

Tentera Darat tahan 6 PATI Indonesia di Lubuk Anto

by Nurulhuda
A+A-
Reset

LUBUK ANTU, 22 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam 2 serbuan berasingan yang dilakukan oleh anggota Operasi Benteng (Op Benteng) di sekitar Lubuk Anto.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, anggota yang melaksanakan penugasan telah mengesan kehadiran 3 individu di ladang kelapa sawit di kawasan sektor Pos Gabungan Bersama (GABMA) Malaysia dan Indonesia pada Ahad lalu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 3 lelaki warga Indonesia berusia sekitar 21 hingga 30 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,

“Tiada barang terlarang yang dijumpai dan tujuan mereka masuk ke Malaysia adalah untuk mendapatkan pekerjaan. Kesemua mereka dibuat pengusiran selepas laporan polis dibuat di Pejabat Polis Lubok Antu,” jelas 1 Div.

Anggota Tentera Darat turut mengusir 3 PATI Indonesia yang dikesan di ladang kelapa sawit di kawasan sektor Pos Gabungan Bersama (GABMA) Malaysia dan Indonesia pada Ahad lalu.

Sementara itu, awal pagi tadi, anggota turut melaksanakan serbuan di lokasi Kompleks Kastam, Imigresen (JIM), Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Lubok Antu dan menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan dipercayai sebagai tekong membawa 6 individu terdiri daripada 5 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia sekitar 30 hingga 55 tahun,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Antu dan kesemua yang ditahan bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan serta tindakan lanjut,

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM53,851.90 melibatkan sebuah kenderaan, 5 buah telefon bimbit berserta wang tunai,” tambahnya.

1 Div menegaskan, TDM terus komited dan kekal siaga mengawal keselamatan serta memastikan kedaulatan negera terus terpelihara.

“Ia terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply