Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hishammuddin positif COVID-19 – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Hishammuddin positif COVID-19

Hishammuddin positif COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif COVID-19.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan mengesahkan perkara tersebut pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (selftest) melalui kaedah RTK Antigen,

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari,

“Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Hishammuddin menerusi ciapan di Twitternya hari ini menjelaskan, beliau kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini,

“Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Stay safe everyone,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?