Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais Passex: TLDM, Tentera Laut Perancis perkukuh kerjasama pertahanan maritim

Eksesais Passex: TLDM, Tentera Laut Perancis perkukuh kerjasama pertahanan maritim

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 22 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Laut Perancis terus giat melaksanakan Eksesais Passage (PASSEX) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik pertahanan maritim di sekitar perairan Selat Melaka, semalam.

TLDM menerusi hantaran di media sosialnya menjelaskan, eksesais tersebut melibatkan sebuah aset TLDM, iaitu KD SELANGOR bersama sebuah aset Tentera Laut Perancis iaitu FS VENDÉMIAIRE.

Menurut TLDM, matlamat eksesais telah diterjemahkan melalui beberapa siri latihan yang direalisasikan meliputi Replenishment at Sea Approach, Heaving Line Transfer, PHOTEX dan Farewell Pass.

“TLDM bersama Tentera Laut Perancis terus menyemarakkan hubungan kerjasama pertahanan yang sedia utuh terjalin melalui di perairan Laut China Selatan,

“Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut,

“Selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini, TLDM akan terus memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut sahabat dalam memacu ketersediaan warga untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang masa,” jelas TLDM.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply