KUALA LUMPUR, 20 Feb – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan Datuk Seri Najib Razak tidak sama seperti Allahyarham Tun Razak.
Dalam Surat Kepada Pengundi Johor bertarikh 19 Feb, Tun M menyatakan TUn Razak merupakan seorang nasionalis dan pejuang bangsa bermaruah.
“Malangnya Najib bukan seperti bapanya. Najib pula curi harta negara dengan bantuan Jho Low,” katanya.
Jelas Tun M, gelaran “plundering idiot” merupakan gelaran media luar negara terhadap Najib.
“Surat khabar luar negara menggelarnya plundering idiot, dalam bahasa Johir saya percaya bermaksud penyamun tongong,
“Mahkama Rayuan pula menghukum dia sebagai National Embarassment, orang yang memalukan negara,” ujar beliau.
Selain itu, Tun M mendakwa Najib berpura-pura seolah-olah dirinya teraniaya.
“Sebenarnya, saya amat malu meratib nama Najib. Dia memalukan negara, bangsa dan agama,
“Malangnya, dia sendiri tidak malu malah berpura-pura seolah-olah teraniaya termasuk oleh saya,
“Dia berharap rakyat Malaysia percaya dia tidak bersalah dan sebenarnya adalah mangsa penganiayaan saya serta musuh-musuh politiknya,
“Ada yang terpengaruh, percaya dan tampi mempertahankannya. Malah sanggup memanggilnya bos dan cium tangannya,” ujar Tun M.
Surat kedua yang dikeluarkan oleh belas Perdana Menteri itu selepas Najib Razak mempersoalkan sama ada Tun M kesihatan beliau benar-benar pulih.
Dalam pada itu, Tun M mendedahkan beliau pernah memberi tekanan kepada Tun Abdullah untuk melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri pada satu ketika dahulu.
“Perlu saya jelaskan bahawa sebelum berlakunya skandal 1MDB, saya sokong Najib,
“Malah, apabila Tun Abdullah lambat melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah beri tekanan kepada beliau (Tun Abdullah) selepas dilantik sebagai Perdana Menteri,
“Selain percaya Najib layak, saya berasa terhutang budi kepada bapanya, Tun Razak kerana dia telah membantu kerjaya politik saya,” jelas Tun M. – airtimes.my
Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.
