Home SemasaCOVID-19: Kes masih lebih paras 5,000 untuk 3 hari berturut-turut

COVID-19: Kes masih lebih paras 5,000 untuk 3 hari berturut-turut

by M.Daim
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 29 Jan – Kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini masih melebihi paras 5,000 untuk tiga hari berturut-turut.

“Pada 29 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,139 kes dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,861,069 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun media sosial rasminya.

Angka kes jangkitan harian negara kembali meningkat kepada paras 5,000 pada 27 Januari lalu iaitu 5,439 kes.

Semalam, negara mencatatkan kes jangkitan baharu sebanyak 5,522 kes.

Sementara itu, Noor Hisham turut menyatakan nilai Rt adalah pada 1.15 pada 28 Januari. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply